Pages

ruang iklan..

Followers

Tabung harian

Wednesday, October 27, 2010

Kemenangan ke dua Harimau Muda..

Rentak kemenanangan terus dicipta oleh Pasukan Harimau Muda A pada kem latihan di Slovakia ini apabila menewaskan FK Puchov 2-0 petang tadi. Sebelum perlawanan bermula kedua-dua pasukan telah bertafakur selama satu minit bagi menghormati kematian bapa kepada Gurusamy yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Setelah wisel permulaan dibunyikan Harimau Muda mengimbangi permainan dengan gerakan-gerakan yang teratur, dimana barisan tengah pasukan yang di ketuai oleh Mohd Affizie Faizal yang kembali semula ke kem latihan, selain dibantu oleh Mohd Irfan Fazail dan Mohd Shukor Jusoh telah mendominasi bahagian tersebut dengan hantaran-hantaran kemas ke barisan serangan.
Kesebelasan utama FK Puchov
Kesebelasan utama Harimau Muda
Bertafakur sejenak sebelum memulakan perlawanan
Pasukan lawan turut bertafakur
Abd. Shukur Jusoh diasak oleh pemain lawan
Pemain meraikan gol pertama oleh Syahrul Azwari (no.13)
Tidak menunggu lama,Harimau Muda mendahalui pada minit ke-21 apabila hantaran daripada Mohd Shukor Jusoh berjaya disudahkan oleh Syahrul Azwari Ibrahim setelah mengelecek seorang pertahanan lawan sebelum merembat deras bagi menewaskan penjaga gol lawan. Pemain muda berusia 17 yang berasal dari Kelantan ini memang menjadi duri dalam daging bagi pasukan lawan dengan larian-larian mengelirukan. Beliau sekali lagi mendapat peluang keemasan pada minit ke-33 tetapi rembatannya dapat di selamatkan penjaga gol.

Cuaca sejuk sebelah petang tidak menghalang barisan muda ini meneruskan permainan cemerlang pada babak kedua. Harimau Muda terus memimpin permainan dengan jaringan kedua pada minit ke-54 apabila Wan Zack Haikal menyudahkan sepakan penalti apabila Nazirul Naim Che Hashim dibentes pertahanan lawan dalam kotak penalti.

Harimau Muda membuat dua pertukaran, Mohd Amer Saidin dan Syahrul Azwari dikeluarkan kerana kecederaan dan diganti oleh Mohd Nazri dan Ferris Danial pada minit ke 75 dan 82 selain memasukan penjaga gol muda yang juga berusia 17 tahun Mohd Farhan Abu Bakar bagi mengantikan Izham Tarmizi.

Hanya berbaki dua perlawanan bagi menamatkan siri kem latihan di Slovakia bertemu Rimavska Sobota pada 02 Nov ini di gelanggang lawan dan Trencin pada 9 Nov.

Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM

No comments:

u might like ..

Related Posts with Thumbnails