Pages

ruang iklan..

Followers

Tabung harian

Monday, November 15, 2010

Harimau Muda vs AS Trencin (1-2)

taken from..


Perlawanan semalam menemukan Harimau Muda dengan AS Trencin. satu perlawanan mencabar dan penuh kontroversi. Sebagai pasukan yang berada ditangga teratas liga dan bakal dipromosi ke liga utama slovakia (corgon league), sudah tentu AS Trencin tidak direla dimalukan oleh budak-budak sekolah dari Malaysia.

Harimau Muda kehilangan tonggak utama apabila Mohd Irfan Fazail mengalami kecederaan. Pemain pertahanan, Nicholas Wee turut mengisi bangku simpanan kerana masalah yang sama. manakala barisan tuanrumah yang membariskan empat pemain import dalam kesebelasan utamanya. Kekurangan pasukan negara menjadi pencetus semangat untuk terus berjuang berbekalkan keyakinan yang mereka boleh menang. Sehingga tamat separuh masa pertama pasukan Harimau Muda berjaya mengikat kedudukan keputusan tanpa jaringan.

AS Trencin menggasak sebaik bermula separuh masa kedua. disebalik serangan pasukan tuan rumah itu pasukan Harimau Muda berjaya mencuri kesempatan pada minit ke 58 melalui Mohd Ferris Danial hasil umpanan Wan Zaharul Nizam yang melepasi barisan pertahanan dengan larian pantasnya sebelum membuat umpanan kemas untuk disudahkan oleh Mohd Ferris Danial.

Bermula dengan jaringan tersebut pengadil perlawanan mula membuat
keputusan-keputusan yang agak kontroversi, terutama jaringan penyamaan pasukan tuan rumah pada minit ke-72 melalui Salinas Jorge jelas terkena tangan sebelum menjaringkan gol. Manakala pada minit ke-86, pengadil mengesahkan jaringan Fanendo Adidan walaupun dalam kedudukan offside.

Barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Ong Kim Swee bersama penolong jurulatih Hassan Sazali dan jurulatih penjaga gol Yong Wai Hwang sangat berpuas hati dengan persembahan para pemain. Bagi mereka, para pemain telah mempelajari sesuatu dalam menghadapi perlawanan antarabangsa yang begitu kompetitif. Kekurangan yang ada telah mereka terjemahkan kepada maksud semangat juang dan cabaran untuk terus untuk menang. Pelajaran sebegini tidak kita perolehi jika sekadar bergelumang di kampung halaman sendiri. Langkah FAM menghantar mereka ke Slovakia adalah tindakan tepat dan sesuai pada masanya, para pencinta bolasepak juga mengharapkan kesinambungan dari program ini kerana merea tahu Harimau Muda adalah permata bolasepak negara yang sedang digilap.

Dua lagi perlawanan antarabangsa sedang diatur sebelum berangkat ke tanahair pada 20 November 2010 nanti.

Kesebelasan Harimau Muda
Kesebelasan AS Trencin
Perebutan bola tinggi, pemain HM tetap mencabar
Saarvindran sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam setiap perlawanan
Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM

No comments:

u might like ..

Related Posts with Thumbnails