Pages

ruang iklan..

Followers

Tabung harian

Friday, November 12, 2010

Harimau Muda A vs Rimavska Sobota (1-0)..


Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam ke gelanggan lawan tidak menghalang Pasukan Harimau Muda mencatat kemenangan ketiga berturut-turut. Kali ini mereka menewaskan pasukan yang pernah meratah mereka dengan jaringan 3-0 pada kunjungan musim pertama dahulu (2 Nov. 2009)

Harimau turun dengan barisan kesebelasan yang hampir sama semasa menentang pasukan Puchov minggu lepas, kecuali Mohd Nazri Ahmad mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohd Amer Saidin yang masih mengalami kecederaan.

Mohd Farhan Abu Bakar salah seorang pemain yang berusia 17 tahun di beri
kepercayaan menjaga gawang gol. Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan. Harimau Muda membuat perubahan taktikal dengan menggeluarkan Saarvindran dan memasukkan Sivanesan pada minit ke 54 bagi memperkemaskan lagi barisan serangan, percaturan tersebut membuahkan hasil apabila gerakannya membolehkan Abdul Shukur B. Jusoh menjaringkan gol pada minit ke-59.

Pasukan tuan rumah berusaha mendapatkan jaringan penyamaan dengan gerakan pantas dari sebelah kiri dan kanan dengan hantaran hantaran lintang di hadapan gol, namun Mohd Farhan Abu Bakar membalas kepercayaan yang diberikan dengan mengawal begitu baik di posisi pertahanan terakhir walaupun ini adalah perlawanan pertama beliau. Sehingga tamat permainan keputusan kekal dengan Pasukan Harimau Muda mengatasi lawan 1-0.
Kesebelasan HM A separuh masa pertama
Kesebelasan R. Sobota
Mohd Farhan beraksi cemerlang sepanjang perlawanan
Mohd Irfan dan Saarvindran cuba menghalang cubaan pihak lawan
Pergelutan di hadapan pintu gol Harimau Muda

taken from http://www.harimaumuda.com/
Entri Asal Disini Butang Like Facebook untuk Setiap Entri | BLOG ARCX13.COM

No comments:

u might like ..

Related Posts with Thumbnails